Lagi Mutakhir !!

Lapuran Kecermerlangan(setakat pukul 12.45 ptg) Sukan dSabah,mendapat berita menarik lagi…mengikut SMS yang dihantar pemberita kita disana seperti berikut:-

Pasukan Tenis-Johan

Pasukan Catur-Johan

Pasukan Memanah-Johan

Pasukan Petanque-Naib Johan

Manakala Pasukan Bolasepak dan Pasukan Takraw akan berentap petang ini untuk Johan dan Naib Johan.

 

Keputusan Oral : Jan-Jun 2007

RALAT semester 2 belum layak untuk menduduki ujian tersebut.

Saya memohon maaf diatas kesilapan tersebut,terima kasih kepada En Riza yang telah menghantar SMS kepada saya.

Keputusan Ujian lisan(ORAL)

Pusat IKM TASYA Pekan.

Tarikh: 4,5,dan Jun 2007

Ketegori PW3/PW4

Perserta-42 orang: 
Lulus-32 org

Gagal-10 org

Peratus kelulusan-76 %

Berita Terkini !

Syabasss…. untuk pasukan bolatampar kita diSukan Kakitangan SeMalaysia di Sabah.

Ia  diketuai oleh En.Rostam Alias sebagai Pengurus Pasukan,dalam perbualan di telefon pagi tadi( 9.10) , pasukan tersebut telah menjadi Johan.

Warga sked berharap juga pasukan-pasukan lain mampu sama menempa kejayaan.

Muzik dalam Islam

Berpada-pada dalam berhibur

 


 

Manusia secara fitrahnya gemar berhibur.Adakalanya manusia terhibur apabila mendengar muzik dan ada juga yang terhibur apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti deruan ombak, kicauan burung atau desiran angin.

Bagaimanapun, masih timbul perdebatan dalam masyarakat sama ada hiburan khususnya yang melibatkan muzik dibolehkan atau tidak dalam Islam.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. ZAKKI JILAN menemu bual pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed bagi membincangkan isu ini.

MEGA: Apakah kaitan hiburan dengan manusia?

ZAHAZAN: Pada umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan. Dari segi antropologi dan sosiologi manusia, hiburan memang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam lagi.

Apabila kita fokuskan hiburan kepada muzik, memang menjadi fitrah manusia menyukainya. Orang Arab dahulu pun memang sudah menggunakan bunyi-bunyian seperti gendang untuk melambangkan sesuatu keadaan. Kalau semasa perang ia akan diketuk kuat. Dalam majlis perkahwinan pula dihiasi dengan pukulan kompang dan tarian menggunakan gitar.

Pokoknya, semua ini digunakan untuk menenangkan fikiran.

Berdasarkan sirah, Rasulullah pernah bersabda: Wahai Bilal, tenangkan kami. (Riwayat Bukhari)

Sebabnya, Saidina Bilal adalah seorang muazin yang terkemuka pada ketika itu. Jadi, melalui laungan azannya, Rasulullah dan para sahabat menjadi tenang.

Dalam satu kisah, Rasulullah dan Saidatina Aisyah sedang mendengar lagu daripada dua hamba perempuan di Buath, kawasan peranginan di Madinah. Tiba-tiba Saidina Abu Bakar datang dan berkata, apa ini syaitan dalam rumah Rasulullah. Kemudian Nabi bersabda, biarkan mereka Abu Bakar. (Riwayat Bukhari)

Cuma dalam kisah ini, Rasulullah tidak memandang ke arah hamba tersebut.

Bagaimanapun ada pendapat mengatakan muzik itu haram. Benarkah?

ZAHAZAN: Memang ada ulama yang berpendapat sedemikian. Ini antara lain hasil tafsiran mereka tentang ayat Allah iaitu lahwun sebagai mana yang terdapat dalam surah Luqman.

Firman Allah, Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai)dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan…(Luqman: 6)

Sebanyak 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti dan Imam at-Tabari berpendapat lahwun itu adalah lagu-lagu atau muzik dan perkara yang berkaitan dengannya.

Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu laghwun yang ditafsirkan sebagai benda yang melalaikan dan sia-sia.

Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Jadi, salahlah kita berhibur terutama dengan menggunakan alat muzik?

ZAHAZAN: Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman. Jadi ia meliputi semua bab termasuklah berhibur.

Ulama besar yang juga penulis kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali yang membuat kajian di hampir semua tempat yang didiami oleh orang Islam memberikan pandangan yang berbeza dalam soal ini.

Menurut beliau, muzik itu sebenarnya ialah bunyi-bunyi yang dikumpulkan hasil dipetik, diketuk atau desiran angin. Ia hanyalah bunyi-bunyian alam yang membawa ketenangan kepada pendengarnya.

Seorang lagi ulama abad ke-21 iaitu Prof. Dr. Yusuf Qaradawi dalam bukunya Halal dan Haram turut membincangkan soal hiburan ini.

Beliau membuktikan bahawa kesemua 11 dalil yang mengharamkan muzik itu boleh ditepis. Sebabnya, kebanyakan keputusan itu dibuat oleh penilai-penilai hadis bukannya kata putus Rasulullah s.a.w.

Dalam satu peristiwa, selepas selesai majlis akad perkahwinan Nabi, tiba-tiba ada beberapa anak gadis (hamba) yang menyanyi, menari dan mengetuk-ngetuk gendang. Antara liriknya ialah, “Berasa kesal dengan kematian saudara Muslim pada perang Badar tetapi gembira kerana Nabi mengetahui apa yang akan berlaku esok”.

Rasulullah kemudiannya menegur kesalahan ayat yang baginda mengetahui tentang yang akan berlaku esok tetapi baginda tidak menegur lirik yang satu lagi. Pada majlis itu, ia turut dihadiri oleh sahabat-sahabat baginda.

Dalam hadis yang lain, Rasullullah bersabda: “Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)

Ini adalah antara hujah bahawa Islam itu membenar atau mengharuskan hiburan. Dalam hadis pertama tadi, jika hiburan haram, sudah tentu Rasulullah akan melarang anak-anak gadis tersebut daripada menyanyi dan menari.

Jadi, apakah intipati rumusan oleh Imam al-Ghazali dalam bab ini?

ZAHAZAN: Imam al-Ghazali yang mengkaji dengan akal membuat beberapa kesimpulan tentang hiburan.

Disebabkan hiburan adalah fitrah manusia dan bunyi muzik adalah himpunan suara makhluk yang Allah jadikan, beliau berpendapat tidak boleh mengharamkan muzik secara mutlak.

Dalam pada itu, tidak ada juga dalil yang menggalak atau amat menyuruh kita mendengar hiburan. Sebaik-baiknya berhibur itu sederhana atau pertengahan sahaja, setakat untuk menghilangkan kebosanan.

Larangan Rasulullah untuk berhibur pada zaman awal kedatangan Islam adalah untuk mengelak menularkan budaya orang Arab kuno. Mereka ini lazimnya apabila berhibur akan disertai oleh tarian gelek dan juga arak.

Baginda tidak mahu dalam tempoh awal kedatangan Islam dijejaskan oleh tabiat buruk masyarakat jahiliah atau umat Islam ketika itu teringat semula zaman tersebut.

Sebab itu, pengharaman muzik boleh dikatakan kerana persekitaran bukan kerana zatnya. Gitar itu tidak haram tetapi bila dimainkan dalam majlis yang bercampur aduk dengan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram, ia menjadi haram.

Bagaimana hendak mentakrifkan kedudukan pertengahan dalam berhibur ini sebab apabila mendengar muzik selalunya kita leka?

ZAHAZAN: Bagi golongan anak- anak dan remaja, hiburan adalah perlu. Kita tidak boleh terus menghalang mereka. Ingatlah pesan Saidina Ali, “bila dipaksa membuat benda yang tidak disukai, hati itu akan mati.”

Bagi golongan ini, secara psikologinya memang mereka perlu berhibur tetapi tetap ada batasnya.

Bagi penganjur pula, hendaklah menyediakan kemudahan tempat solat, memaklumkan kepada penonton waktu solat telah masuk dan majlis dihentikan seketika untuk solat.

Bagaimanapun, bagi golongan yang peringkat umurnya sudah matang, tidak payah lagi banyak berhibur. Sebabnya, terlalu banyak berhibur ini akan menyebabkan hati menjadi keras atau dalam istilah sufinya mati.

Ada yang berpendapat muzik

yang dibenarkan oleh Islam itu hanyalah nasyid, benarkah pendangan begini?

ZAHAZAN: Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar.

Malah Dr. Yusuf Qaradawi turut menggariskan empat sebab lagu itu menjadi haram. Pertama, melanggar tatasusila Islam, kedua (menyanyi

atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat dan berlenggang lenggok),

ketiga (jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat) dan keempat (jangan disertai oleh benda haram seperti

minum arak dan pergaulan bebas

lelaki dan perempuan yang bukan mahram).

Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada.

Minyak -Fuel

Untuk direnung dan adili….

untuk semua penduduk di malaysia tak kira apa bangsa pun…….baik Melayu, Cina , India atau lain2 bangsa…errr bangladesh pun boleh
Adelah!! orang-orang yang kerja kat PETRONAS bagitau..,
Akupun tak tahu betul ke tidak…tapi apa salahnya mencuba…tak rugi
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen “jangan beli petrol pada hari tertentu” yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk ‘mengajar’ mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan ‘market leader’ industri berkenaan, iaitu dengan tidak
membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Info Kesihatan Sked

Apakah sebenarnya pusingan haid ini?

  Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.

  Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.   Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur.   Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.  

 

Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon? 

Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovari mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.

Kilang  pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH.    Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone.   Hormon-hormon oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim.   Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan.   Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid.

  Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid.   Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.

Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid? 

Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita.    Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita.    Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya.

 Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit  yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.

Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.

Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwim haid? 

Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi.    Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil.     Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi.   Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.

 Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.   Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi.   Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid.     Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.

 Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita,  kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat.    Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ).  Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).

Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

  Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari.    Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan  lebih kurang 400 telur.     Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari. 

  Waktu penetasan telor ini (ovulation),  dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid. 

  Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur.   Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil. 

  Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting.     Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat.     Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.   

Apakah sebenarnya pusingan haid ini?

  Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur.

Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.   Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur.   Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.

Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?

Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovari mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.

Kilang  pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH.    Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone.   Hormon-hormon oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim.   Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan.   Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid.

Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid.   Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.

Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid?

Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita.    Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita.    Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya.
Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit  yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.

Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching“. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching‘ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.

Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.

Apakah yang dimaksudkan dengan taqwim haid?

Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi.    Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil.     Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi.   Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.

Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.   Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi.   Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid.     Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan.

Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita,  kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat.    Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ).  Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).

Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari.    Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan  lebih kurang 400 telur.     Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.

Waktu penetasan telor ini (ovulation),  dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.

Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur.   Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.

Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting.     Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat.     Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.

Maklumat dari ST

LARANGAN PENGGUNAAN PEMUTUS LITAR BOCOR

KE BUMI (PLBK) KENDALIAN VOLTAN
Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus.

PLBK Kendalian Voltan
Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkan pepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi punca utama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanya PLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat namanama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.

Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dengan menggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum memulakan kerja.

Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian ini ditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar kepekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan dengan tangan, PAB tambahan pada kadar PLBK Kendalian Arus berkadar 30mA.kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendak digunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanakkanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam air pancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaran ini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah;

Jenis Peralatan Kadar maksimum PAB PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan.100mA Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu ada PAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alur keluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan. Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih (portable RCD) juga boleh digunapakai. 30mA Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB.10mA Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua.10mA

Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat. Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.

Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?
Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dari terminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supaya ianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktor bumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya kesemua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah.

Apakah Kotak Bumi ?
Kotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalam bumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkan kepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkan voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ketakat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus Litar Kecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa dan arusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendaki supaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arus mengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidak terpelantik jika berlaku arus rosak kebumi.Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasa pengubahsuaian rumah atau sebagainya.

Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.

Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidak perlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin. Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.

Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yang terjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapan yang diluluskan oleh SuruhanjayaTenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.

Apakah Kotak Agihan ?
Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB).

Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?
Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada system pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di setkan semula supaya litar dapat disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLK berbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.

Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?
PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebihkepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itu sendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrik akibat daripada arus bocor.

Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi – PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers – ELCBs) ?
Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50′an) dahulu.

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianya disambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikan voltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan ini menghasilkan arus elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti dan terus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik.

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor kebumi, disebabkan oleh kerosakkan kebumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan.

Manakah yang lebih baik ?
Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi.PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak 1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.

Apakah dia Peranti Arus Baki – PAB (Residual Current Device-RCD)?
Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD – Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.

Apakah jenis PAB ?

Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti

berikut;

o Jenis AC

Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor kebumi bagi arus

ulang alik.

o Jenis A

Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor kebumi bagi arus

ulang alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC)).

o Jenis B

Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor kebumi bagi arus

terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan

kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase supplies).

Apakah Kadaran PAB ?

Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;

Peraturan 36 (1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam,perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan

boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;

(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau

kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada manarnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada manamana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.

(3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.

(4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi manamana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan;

(a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk

mengadakan perlindungan itu; atau

(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan

perlindungan itu.

Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ?

Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yang mengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila ia mencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat

menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain system perlindungan elektrik yang terdapat didalam system pendawaian elektrik juga perlu diberiperhatian.Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian. Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistem

pendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dan dawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.

Perlukan PAB diuji ?

Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.

Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan. Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat

didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yang mana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalan jika berlaku arus bocor kebumi.

Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?

Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan; 1.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana terdapat arus Butang ujian bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan semuake lengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB semula dan ‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi. Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar

dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.

2.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.

Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnahdisebabkan kilat ?

Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalam masa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang bagi menyekat tenaga yang terhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah.

Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ?

o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.

Palam yang dibenarkan Palam yang tidak dibenarkan

o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah.

o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli

kelengkapan elektrik.

o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa dilakukan

oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.

o ‘Off’ kan kelengkapan yang tidak digunakan.

Nama-nama lain yang berkaitan

Pemutus Litar Arus Baki (RCCB – Residual Current

Circuit Breaker). Ini adalah suis mekanikal dan ditambah PAB. Fungsi utamanya ialah untuk melindungi pengguna daripada arus bocor kebumi. Pemutus Arus Baki dengan perlindungan Arus Lampau (RCBO -

Residual Current Breaker with Overcurrent Protection). Ini adalah Pemutus Litar Arus Lampau dengan ditambah fungsi PAB (MCB + RCCB). Ia mempunyai dua fungsi; (a) untuk memberi perlindungan daripada arus rosak ke bumi (earth fault currents); dan (b) untuk memberi perlindungan daripada arus lampau (over currents). Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui samada

disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.

GFI = Ground Fault Interrupter. Istilah ini biasanya dipakai di Amerika Utara.

Operasinya adalah sama seperti PAB.

Islam dan survival generasi akan datang…..

Petikan daripada Forum Gerak Reformasi (FGR):
Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : “Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat”.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
“Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan).”

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a’lam

Dato’ Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Cuti 3 hari

Sorry ! Aku cuti 3 hari -nanti kembali kerja boleh le kasi maklumat tentang perkembangan Oral di sked baru-baru ini.Insyaalah berkat pra oral dan Kem motivasi di Casurina Cottage sebelum ini mendapat kesan positif ,ia dikuatkan lagi dengan sembahyang hajat.

Kalau lah ada yang gagal juga jangan lah hampa kerana selepas berusaha kita berserah,ketentuanya allah yang tetapkan.Cuba lagi sehingga berjaya kerana dalam kamus orang islam tidak ada perkataan PUTUS ASA cuba dan terus cuba.

Kepada yang menunggu giliran tahun hadapan ambillah pengajaran daripada abang-abang yang telah berjaya.

Timbalah ilmu daripada guru-guru yang ada dan aku yakin mereka semua mampu mencurahkan segala yang dimiliki demi kemajuan anak bangsa Melayu beragama Islam.(Bumiputra)

Wassalam…

info rohani

FAKTA
Tip kesihatan cara Rasulullah

  • Beribadat malam, selalu bangun sebelum subuh: kesegaran udara awal pagi bagus untuk kesihatan malah menjadi terapi penyakit Tibi. Ia turut memperkuatkan minda dan perasaan.
  • Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih, setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan berminyak wangi.
  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang: makanan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan.
  • Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
  • Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
  • Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.
  • Antara makanan kegemaran Rasulullah adalah madu: madu terbukti memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan.

« Older entries Newer entries »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.